You are here:Utama arrow Forum

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Selangor

Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?

jadikan aku wanita
(1 viewing) (1) Guest
Go to bottomPage: 1
TOPIC: jadikan aku wanita
#11409
zirro
Tok Empat
Posts: 849
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
jadikan aku wanita 4 Months, 2 Weeks ago Karma: -1
Mengisahkan seorang perempuan..yang mempersoalkan kemampuan lelaki untuk membuatkannya berasa seperti perempuan.....enjoy


Dalam satu perjalanan,sebuah kapal terbang telah terjerumus ke dalam sebuah ribut taufan yang amat kuat.Gangguan angin tersebut sangat teruk.Keadaan menjadi lebih buruk apabila salah satu enjin mengalami kegagalan untuk berfungsi setelah dipanah petir yang amat dahsyat.Keadaan di dalam pesawat menjadi semakin buruk dengan hiruk pikuk semua penumpang.Ada yang berdoa,ada yang menjerit,ada yang bertafakur,tidak kurang juga yang menangis.

Dalam kekalutan itu,seorang Wanita menjadi cemas dan semakin hilang kawalan.Tanpa disangka,dia pergi ke bahagian hadapan pesawat dan menghadap semua penumpang lalu menjerit. "Saya terlalu muda untuk mati!! Tapi kalau ditakdirkan saya mati,saya nak detik2 terakhir saya jadi sesuatu yang diingati!!".Hampir separuh penumpang tersentak dan mula memberi perhatian terhadap tindakan wanita itu.

Seketika,dia menyambung, "Saya ada banyak kekasih dalam hidup ini..tapi tak ada seorang pun dari mereka yang mampu membuatkan saya rasa seperti seorang wanita.Ada sesiapa dalam pesawat ni yang mampu buat saya rasa seperti seorang wanita???".Buat seketika masa dalam pesawat seolah2 berhenti.Semua penumpang menumpukan perhatian kepada wanita itu.Melupakan kekalutan yang sedang dilalui.

Tiba2,seorang lelaki yang tegap berdiri di hujung belakang pesawat dan berkata, "Saya boleh layan dan buatkan awak rasa betul2 seperti seorang wanita!".Suaranya serak dan berelemen kelelakian.Perlahan2 lelaki itu berjalan ke hadapan.Wajahnya kacak,tubuhnya sasa,rambutnya hitam dan ikal dan bermata coklat.

Perlahan2 dia menghampiri wanita yang berdiri di hadapan itu.Semua penumpang terpaku.Menumpukan perhatian kepada situasi yang mendebarkan itu.Sambil lelaki itu melangkah,satu butang kemejanya dibuka.Beberapa langkah lagi,dia membuka lagi butang kemejanya.Ketika semakin hampir dengan wanita itu,butang bajunya sudah habis dibuka dan ditanggalkan.Jantung wanita itu mula berdegup kencang.Peluh mula terbit di dahinya.Dingin.Lelaki itu semakin menghampirinya lalu merangkul lengan wanita itu.Wanita tersebut semakin pasrah dan matanya terbuntang apabila lelaki itu berbisik di telinganya.....

"Tolong seterika baju ni!"
 
The administrator has disabled public write access.
Go to topPage: 1
Moderators: daus, zirro, sweet, FYNA

Pautan Komuniti

Berikut adalah pautan portal Komuniti Juruteknik Komputer di negeri-negeri lain.

KJKM | PERAK | KEDAH | N9 | SABAH
SARAWAK | JOHOR | PAHANG
TERENGGANU | KELANTANMELAKA

Statistik Ahli

352 Telah Berdaftar
217 Lelaki
134 Perempuan