You are here:Utama arrow Informasi Terkini

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Selangor

             
Informasi Terkini
Kursus Pengenalan Pengurusan Organisasi BTPN PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Isnin, 01 Mac 2010

Makluman BTPN akan membuat satu kursus bagi Juruteknik komputer di setiap PKG dalam negeri Selangor seperti berikut:

  1. Tajuk: Kursus Pengenalan Pengurusan Organisasi BTPN
  2. Tarikh: 2 hingga 4 Mac 2010
  3. Tempat: BTPN Selangor
  4. Penginapan : Asrama Villa Bestari BTPN Selangor dan makan minum disediakan.

surat panggilan telah diedarkan dalam pigeon hole di BTPN, dan diwajibkan hadir. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit PKG, BTPN Selangor boleh dihubungi di talian 03-5548 4450 sambungan 273

Komen Pembaca (3) | Saya menggemarinya! (5) | Views: 49 | Baca lagi...

 
Selamat Tahun Baru PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru Diucapkan kepada seluruh Wargai Komuniti JTK Negeri Selangor. Moga Tahun 2010 ini membawa seribu satu kebaikan kepada kita semua. 

Be first to comment this article | Saya menggemarinya! (1) | Views: 43 | Baca lagi...

 
AntiVirus KASPERSKY PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Isnin, 26 Oktober 2009
 Diminta PKG memastikan lesen AntiVirus KASPERSKY di PKG dan sekolah ahli masih aktif. Jika sudah tamat tempoh, sila download file di bahagian 'MUAT TURUN - UNIT PENDIDIKAN BESTARI' didalam Laman Web BTPN Selangor Melalui URL  Klik Sini (log masuk terlebih dahulu).

Langkah yang perlu dilakukan :-
1) Update version : File Update Version Kaspersky
2) Update lesen mengikut PC/Server :
    File untuk PC - Update Lesen Kaspersky (PC)
    File untuk SERVER - Update Lesen Kaspersky (Server)

Dimaklumkan bahawa lesen ini akan dilanjutkan sehingga Okt 2010. Sekian.

Komen Pembaca (4) | Saya menggemarinya! (1) | Views: 160 | Baca lagi...

 
Selamat Hari Raya PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Isnin, 14 September 2009
 Tidak Lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang penuh barakah ini. Sehubungan dengan itu pihak admin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh warga FTSEL.org khususnya yang beragama Islam. Kami memohon ampun dan maaf sepanjang kehadiran Laman FTSEL.org ini yang baru berusia setahun jagung jikalau ada kata-kata, perlakuan serta gurauan kami yang menyinggung perasaan anda semua. Hari Baik dan Bulan Yang baik ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan sesama kita dan meraikan hari lebaran ini dengan sederhana dan gembira. SELAMAT HARI RAYA kami ucapkan......

Komen Pembaca (6) | Saya menggemarinya! (6) | Views: 195 | Baca lagi...

 
Majlis Berbuka Puasa PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Rabu, 26 Ogos 2009
http://www.ftsel.org/images//berbuka%20ftsel.jpg
 
Untuk Maklumat Lanjut Sila Ke Laman Berikut >>KLIK SINI<<

Komen Pembaca (9) | Saya menggemarinya! (4) | Views: 392 | Baca lagi...

Baca lagi...
 
Salam Ramadhan PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Ahad, 23 Ogos 2009
 Sempena Bulan yang mulia ini, Kami mengucapkan Selamat Berpuasa dan beramal Ibadah di Bulan Ramadhan Ini. Moga bersama-sama kita memanfaatkan peluang yang ada ini untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Dan Ramadhan ini bulan terbaik untuk kita bermuhasabah, segala pintu kejahatan telah di tutup, dan syaitan-syaitan pun telah dirantai. Dan telah terbuka seribu satu pintu kebaikan. Maka berlumba-lumba lah melakukan kebaikan. Moga Kita semua akan menjadi orang-orang yang beruntung didunia mahupun di akhirat kelak. Salam Ramadhan....

Komen Pembaca (1) | Saya menggemarinya! (0) | Views: 139 | Baca lagi...

 
Jom Main Bowling PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Myferio   
Jumaat, 10 Julai 2009
ttp://www.ftsel.org/images/bowling_logo.232223022_std.jpg

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA FTSEL KERANA BERJAYA MENGADAKAN

PERTANDINGAN BOWLING DI ALAMANDA PUTRAJAYA PADA SABTU YANG LALU

(25 JULAI 2009). SEMOGA KITA BERTAMU DI AKTIVITI LAIN.

>>KLIK SINI<<


CoolCoolCoolCool

Komen Pembaca (1) | Saya menggemarinya! (8) | Views: 283 | Baca lagi...

 
Aktiviti ke Genting Highlands PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Myferio   
Jumaat, 10 Julai 2009
http://www.ftsel.org/images//genting-highlands-logo.jpg
 

Perbincangan aktiviti ke GENTING HIGHLAND dapatkan maklumat anda disini

>>KLIK SINI<<


CoolCoolCoolCool

Komen Pembaca (1) | Saya menggemarinya! (2) | Views: 324 | Baca lagi...

 
PPSMI dimansuhkan? PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Rabu, 08 Julai 2009
Oleh Luqman Haziq, Arif Nizam
Abdullah dan Mohamad Shofi Mat Isa
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya

KUALA LUMPUR 7 Julai – Adakah mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar menggunakan bahasa Melayu?

Jawapan persoalan yang ditunggu-tunggu itu akan terjawab esok apabila keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) diumumkan esok.

Be first to comment this article | Saya menggemarinya! (0) | Views: 64 | Baca lagi...

Baca lagi...
 
Waspada virus komputer Michael Jackson PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Jumaat, 03 Julai 2009

SINGAPURA 2 Julai – Firma keselamatan komputer, Sophos hari ini mengeluarkan amaran mengenai sejenis virus Internet yang disebarkan menerusi satu e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson.

E-mel itu bertajuk ‘Remembering Michael Jackson’ (Memperingati Michael Jackson) dan dikirim daripada alamat ‘ Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya ’, menurut Sophos dalam satu kenyataan dari pejabatnya di Singapura.

Ia memaklumkan penerima bahawa satu fail yang dilampirkan berjudul ‘Michael songs and pictures.zip’ mengandungi lagu-lagu dan gambar-gambar ikon muzik pop tersebut, yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Jun lalu.

Sophos memberi amaran kepada pengguna komputer supaya jangan membuka fail lampiran itu.

“Dengan membuka lampiran itu, pengguna komputer terdedah kepada jangkitan. Sebaik sahaja dijangkiti, sesebuah komputer secara automatik akan mula menyebarkan virus kepada pengguna Internet yang lain,” menurut Sophos.

Selain tersebar menerusi e-mel, virus itu juga boleh merebak sebagai komponen Autorun pada ‘thumb drive’ USB.

Konsultan teknologi kanan Sophos, Graham Cluley berkata, ramai pengguna komputer dijangka terdorong untuk membuka fail lampiran tersebut disebabkan minat mendalam terhadap kematian mengejut Raja Pop itu.

“Bagaimanapun pengguna komputer yang bijak seharusnya menyedari penjenayah siber selalunya cepat bertindak untuk mengeksploitasi laporan berita bagi menyebarkan perisian perosak dan spam,” kata Cluley. – AFP

Be first to comment this article | Saya menggemarinya! (0) | Views: 140 | Baca lagi...

 
Kami Mengalu-alukan Kedatangan Anda PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Mahathir Bin Abdul Razak   
Selasa, 30 Jun 2009

 Selamat Datang Kami Ucapkan kepada juruteknik yang telah menjadi warga ft di negeri selangor. Kehadiran anda di alu-alukan. Jika ada sebarang Kemusykilan dan Persoalan mahupun masalah yang dihadapi, janganlah segan dan silu untuk mengajukan kepada kami warga FTsel.org, InsyaAllah Kami akan membantu sedara upaya kami. Untuk Pengetahuan anda, Laman ini diwujudkan sebagai tempat berkumpul dan berkongsi permasalahan berkaitan kerja, kemahiran mahupun perjawatan bagi juruteknik di dalam negeri selangor. Jika belum mendaftarkan diri, silalah berbuat demikian pada ruangan yang disediakan. Moga kehadiran anda dapat memeriahkan portal ini.

Komen Pembaca (4) | Saya menggemarinya! (3) | Views: 144 | Baca lagi...

 
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 15 dari 20

Pautan Komuniti

Berikut adalah pautan portal Komuniti Juruteknik Komputer di negeri-negeri lain.

KJKM | PERAK | KEDAH | N9 | SABAH
SARAWAK | JOHOR | PAHANG
TERENGGANU | KELANTANMELAKA

Statistik Ahli

343 Telah Berdaftar
211 Lelaki
131 Perempuan
Ahli Terbaru:
jamal_amran offline