You are here:Utama arrow Informasi Terkini arrow Surat Dari JPN Selangor

Komuniti Juruteknik Komputer Negeri Selangor

             
Surat Dari JPN Selangor PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Khalifah_04   
Selasa, 16 Disember 2008

 Ruj. Kami: JPNS/SPP/MAK/A25092/05/20 JLD 3(04) 

 Tarikh : November 2008  Image 

 

Pegawai Pelajaran Daerah 

(u.p. Semua Penyelia ICT Daerah) 

Tuan/Puan,  

MASALAH BERKAITAN DENGAN SCHOOLNET DAN ROUTER YANG BERADA DI PUSAT AKSES

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.  

2. Berikutan dengan Mesyuarat Penyelarasan Teknologi Maklumat JPN Bil 2/2008 yang telah diadakan di Grand Continental, Kuala Terengganu, beberapa perkara berkaitan dengan SchoolNet telah dibincangkan. Hasil dari perbincangan tersebut, mesyuarat telah memutuskan setiap Jabatan Pelajaran Negeri mengeluarkan senarai-senarai berikut:-

a) Senarai sekolah yang menghadapi masalah berurusan dengan GITN, contoh : lewat  

  memperbaiki router yang telah rosak atau tidak berfungsi.  

b) Senarai sekolah yang menempatkan router di pusat akses dan bukan di bilik makmal. 

c) Senarai sekolah yang makmalnya terletak di seberang jalan (diluar kawasan sekolah).  

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat tersebut dari sekolah-sekolah untuk dihantar ke Sektor ICT/Pengurusan Maklumat yang seterusnya akan menggabungkan dari setiap daerah untuk dihantar ke Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pelajartan Malaysia. Semua maklumat dalam bentuk ‘softcopy’ perlu diemelkan kepada Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya sebelum 16 Disember 2008.  

4. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, tuan/puan boleh menghubungi Pn. Norlelani binti Shamsuddin, Sektor ICT/Pengurusan Maklumat di talian 55186809. 

Kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 

Sekian.  

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Saya yang menurut perintah, 

(HAJI BAJURI BIN ABDULLAH) 

Timbalan Pengarah Pelajaran 

b.p. Pengarah Pelajaran 

Jabatan Pelajaran Selangor. 

 

P/s:  Kalau nak cth file nak hantar pada ppd masing-masig, sudah diletakkan pada ruangan muat turun  

 

 


Saya menggemarinya! (0) | Views: 570

Komen Pembaca (1)
RSS comments
28-07-2009 09:08
nk bertanya sikit je
salam, kalo nk upgrade v-sat pn kene kol  
Pn. Norlelani binti Shamsuddin 
ke? 
sbb penggunaan v-sat ni lambat la.
Ditulis oleh shah_skbb (Pengguna Berdaftar)

Hanya Pengguna Berdaftar dapat memberikan komen.
Sila login atau mendaftar terlebih dahulu.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >

Pautan Komuniti

Berikut adalah pautan portal Komuniti Juruteknik Komputer di negeri-negeri lain.

KJKM | PERAK | KEDAH | N9 | SABAH
SARAWAK | JOHOR | PAHANG
TERENGGANU | KELANTANMELAKA

Statistik Ahli

343 Telah Berdaftar
211 Lelaki
131 Perempuan
Ahli Terbaru:
jamal_amran offline